"Time is what we want most, but what we use worst"

Friday, 28 October 2011

10 NEGARA YANG ANTI KEPADA BLOGGER

1.Myanmar
Burma merupakan Negara yang memantau dengan ketat saluran media cetak dan juga media massa.Kini burma juga mulai menghadkan aktiviti Blog dan Internet. Tekanan bagi pengguna internet peribadi sangat kuat,sehingga banyak penduduk burma mengakses internet melalui cyber cafe. Kerajaan burma juga membuat peraturan yang ketat bagi cyber cafe dan saluran internet. Bahkan kerajaan burma juga memantau email dan cara komunikasi lainnya dan juga menutup akses blog milik kelompok pembangkang. Setidak-tidaknya ada dua blogger yang telah masuk penjara,seperti Maung Thura yang dikenali dengan nama Zarnagar.Zarnagar dipenjara kerana telah membuat video mengenai Cyclone Nargis 2008.

2.Iran
Negara Iran tidak segan-segan menahan para blogger yang mengkritik mengenai agama,ahli politik,revolusi islam dan simbolnya.kerajaan juga meminta seluruh blogger mendaftarkan blog  ke kementerian seni dan budaya.kerajaan iran juga telah menutup jutaan blog dan juga membentuk suruhanjaya khusus dalam menangani masalah internet dan blogger.Blogger Omidreza Mirsayafi telah dimasukkan ke dalam penjara kerana didakwa menghina pemimpin agama.

3.Syria
Kerajaan Syria menapis blog yang sensitif pada politik. Para blogger boleh ditahan jika terbukti membuat blog yang mengkritik kerajaan. Pada tahun 2008,menteri komunikasi memerintahkan para pemilik cyber cafe untuk mencatat setiap pelanggan yang melanggan akses internet di premis masing-masing dan mengirimkan maklumat tersebut secara berkala ke kementerian komunikasi. Whaed al-Mhana,seorang blogger mengenai arkeologi telah ditahan oleh kerajaan syria kerana membuat tulisan mengenai letupan di pasar bandar tertua di damaskus.

4.Mesir
Semua saluran komunikasi melalui internet di mesir dikendalikan oleh syarikat milik kerajaan bernama Egypt Telecom. Setidak-tidaknya tercatat 100 blogger telah di tahan oleh kerajaan mesir pada tahun 2008. Blogger Abdel Karim Suleiman,yang dikenali dengan nama Karim Amer dipenjara selama empat tahun kerana menghina islam dan presiden mesir Hosni Mubarak
.


5.Tunisia
Seluruh saluran internet di tapis oleh kerajaan tunisia,dan kerajaan juga memantau email milik para aktivis dan para blogger. Penulis blogger Slim Boukhdhir dan Mohammed Abbou dipenjara kerana tulisannya yang mengkritik kerajaan tunisia


6.China
Hampir 300 juta orang menggunakan internet di cina,melebihi negara manapun di dunia. Namun kerajaan cina masih mampu mengawasi pengguna online di cina. Kawalan yang ketat juga dilakukan terhadap pengguna email di cina. Sekurang-kurangnya seramai 24 blogger telah dimasukkan ke penjara oleh kerajaan cina. Pada tahun 2008,pejabat kementerian yang bertanggung jawab dalam menghapus pornografi dan hak milik ilegal mengumumkan telah berhasil menutup lebih dari 2 juta blog haram di negara cina itu.


7. Cuba
Di Cuba hanya pejabat kerajaan dan orang-orang dari parti komunis sahaja yang boleh mengakses internet. Pada umumnya,penduduk Cuba menggunakan internet melalui hotel dan cyber cafe yang dikawal ketat oleh kerajaan cuba. Kerajaan Cuba saat ini telah menahan seramai 21 blogger dalam satu dekad kebelakangan ini.

8.Vietnam
Para blogger di vietnam berani menceritakan berita-berita tentang politik di blog kerana media tradisional di sana telah dikawal oleh kerajaan. Namun akhirnya diketahui oleh kerajaan yang kemudian membuat peraturan khas untuk blogger. Blogger terkenal Nguyen Van Hai,yang lebih dikenali Dieu Cay dijatuhi hukuman 30 bulan penjara atas tuduhan mengelak membayar cukai. Dalam penyelidikan CPJ memberitahu bahwa hukuman tersebut sebagai balasan terhadap Nguyen yang berani mengkritik kerajaan vietnam. Pada oktober 2008,menteri komunikasi dan maklumat telah menubuhkan pasukan khusus untuk memantau internet
.


9. Arab Saudi
Sebanyak 400 ribu blog telah ditutup oleh kerajaan arab saudi berhubung dengan masalah politik,sosial dan isu-isu agama. Kerajaan dengan segera menutup blog yang mengkritik negara dan sistem perundangannya. Blogger Ahmed al-Farhan dipenjara tanpa diadili untuk beberapa bulan pada tahun 2007 dan 2008 kerana menyuarakan perubahan dan pembebasan tahanan politik.


10. .TURKMENISTAN
Presiden Gurbanguly Berdymukhammedov telah membuka negaranya kapada dunia luar dengan menyediakan saluran internet bagi penduduk di negaranya. Namun cyber cafe pertama di negara tersebut pada tahun 2007 telah dijaga denga ketat 'setengah mati' oleh askar kerajaan. Walaupun jaringan telekomunikasi Russia MTS,telah memasuki pasaran turkmenistan yang menawarkan akses internet melalui telefon bimbit pada jun 2008,tetap juga tidak terlepas dari pengawasan oleh kerajaan turkmenistan dalam rangka usaha menghindari wujudnya blog yang mengkritik kerajaan turkmenistan.


Thursday, 27 October 2011

FULL RENOVATION! BLOG BERWAJAH BARU!

Yeah! Akhirnya gua berjaya! Berbaloi 3 jam duk mengadap coding java ni,pening tak payah cakap laa. Btw, thanks pada kawan2 yang bagi teguran suh tukar template blog. So, enjoy your reading bloggers!


 

Monday, 24 October 2011

10 Fakta Menarik Mengenai Formula 1




1. Dalam setiap kali perlumbaan seorang pelumba rata-rata kehilangan berat badan sebanyak 2 Kg. Jumlah ini boleh menjadi lebih jika perlumbaan berlangsung pada litar yang panas seperti Sepang, atau Bahrain.


2. Jumlah berat seluruh peralatan yang harus dibawa setiap tim F1 setiap kali perlumbaan sebanyak 28 tan. Terdiri atas spare parts, tools, peralatan pit-stop termasuk  alat ganti simpanan. Ada sekitar 10.000 spare-part dan 1500 kertas dan simpanan pembungkus dengan logo team.


3. Terdapat 100 radio komunikasi antara anggota tim serta pelumbanya selama race weekend (khamis-ahad). Alat komunikasi lain yang dibawa antara lain 16 CPU dan lebih kurang 30 notebook/laptop.


4. Jarak break yang diperlukan kereta-kereta F1 dari kecepatan 200km/jam sampai berhenti sempurna adalah 55 meter. Ditempuh dalam 2 saat, menghasilkan G-force sampai 5,6G. Itu bermakna tubuh pelumba (terutama leher) harus menahan dorongan ke depan hingga 5,6 kali berat badannya sendiri. Buat perbandingan, kereta penumpang standard perlu jarak 120 meter untuk membreak dari 200km/jam sampai berhenti,dalam 4.1 detik.


5. Suhu di dalam eksoz kereta lumba F1 mencapai 950 derajat Celcius. Saat melakukan break,suhu piringan break kereta F1 boleh mencapai lebih dari 1000 derajat Celcius. Sedangkan suhu rata-rata dalam kokpit selama lumba adalah 55 derajat Celcius.


6. Pelumba F1 memantau tidak kurang dari 15 fungsi penting dari lampu-lampu serta LCD monitor di steering wheel kereta F1. Posisi gear, putaran mesin, kecepatan, campuran bahan bakar, dan lain-lain. Di stereng juga ada tombol radio komunikasi, tombol pam air minum, serta pengatur komputer mesin.Dibelakang stereng ada pedal atau tuas untuk memindahkan gear.


7. Jumlah putaran yang harus ditempuh oleh pelumba F1 sepanjang musim perlumbaan adalah 1124 putaran/lap. Terdiri dari 17 siri lumba di 18 negara seluruh dunia.


8. Selama race weekend setiap tim menghabiskan sekitar 1200 liter bahan bakar. Ditambah 70 liter machine oil dan 30 liter gearbox oil. Sebuah kereta lumba F1 memerlukan 70 liter bahan bakar untuk menempuh jarak 100 km.


9. Khusus di litar Monaco, seorang pelumba melakukan 3100 kali perpindahan gear selama perlumbaan. Di litar lain pelumba “hanya” melakukan rata-rata 2500 kali perpindahan gear.


10. Jumlah air dan minuman ringan yang diambil oleh sebuah tim selama race day adalah 3300 liter. Selama perlumbaan di litar bersuhu panas seperti sepang, pembalap akan kehilangan cairan tubuh (dehidrasi) sehingga 2,5 liter.






Btw, Gua 'kipas susah mati' Ferrari !  

Sunday, 23 October 2011

Pelumba San Carlo Honda Gresini,Marco Simoncelli Mati di Sepang (Gambar & Video)

TERKINI : SEPANG - Penunggang Honda, Marco Simoncelli dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh dan kepalanya dilanggar dua pelumba lain pada perlumbaan kategori Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2011 di Litar Sepang, sebentar tadi.

Sehubungan itu, penganjur Sepang International Circuit (SIC) dan Dorna Sports memutuskan untuk membatalkan perlumbaan MotoGP
.





Link untuk video klik : SINI


Link for video click : HERE






tag : marco simoncelli dead, simoncelli dead in sepang, sepang fatal crash, simoncelli fatal crash,

Friday, 21 October 2011

BERMINAT UNTUK BEKERJA DENGAN GOOGLE?


Memang kaya laa kalau dapat job dengan google ni. Btw, google ada pejabat dia kt malaysia nih. So sape yang berminat boleh la apply. tempat agak terhad tapi workplace memang dasyat. terbaik wok!

Thursday, 20 October 2011

MUAMMAR GADAFFI DITANGKAP DAN TERBUNUH (VIDEO)

SIRTE (Libya): Pihak berkuasa Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mengesahkan bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi ditangkap dan kemungkinan terbunuh di bandar kelahirannya, Sirte, dalam serangan yang dilancarkan Pejuang Revolusi negara itu, sebentar tadi.


Menteri Penerangan Libya, Mahmoud Shammam, berkata beliau mengesahkan Gaddafi terbunuh selepas mendapat maklumat daripada Pejuang Revolusi yang melihat sendiri mayat bekas pemimpin negara itu.
“Anggota kami di Sirte sudah melihat mayatnya....Mustafa Abdul-Jalil (Pengerusi NTC) akan mengesahkan perkembangan terbaru itu tidak lama lagi. Pejuang Revolusi memberitahu bahawa Gaddafi kelihatan menyertai satu konvoi dan mereka menyerang konvoi berkenaan,” katanya di sini, sebentar tadi.
Jurucakap operasi ibu pejabat NATO di Naples, Itali, Kolonel Roland Lavoie, berkata pesawat bersekutu melancarkan serangan ke atas dua kenderaan pasukan keselamatan pro-Gaddafi awal pagi tadi, di mana mereka terpisah daripada kumpulan itu sebelum menuju ke Sirte.

Bagaimanapun, pihak berkuasa NATO yang enggan namanya didedahkan berikutan syarat yang ditetapkan dalam undang-undang pasukan keselamatan bersekutu, berkata pihaknya tidak dapat mengesahkan sama ada Gaddafi terbunuh atau ditangkap.

Semua pihak mengambil langkah berhati-hati untuk mengumumkan kematian Gaddafi apabila laporan yang diterbitkan sebelum ini (merujuk kepada kematian ahli keluarga Gaddafi atau penangkapannya) disahkan tidak tepat.

Sementara itu, satu daripada kumpulan Majlis Ketenteraan Misrata, berkata pejuang mereka berjaya menangkap Gaddafi.
Manakala, Komander bagi kumpulan lain dalam Majlis Ketenteraan Misrata pula, Abdel-Basit Haroun, berkata Gaddafi terbunuh dalam serangan udara yang disasarkan ke atas konvoi yang sedang melarikan diri. - AP

VIDEO GADAFFI TERBUNUH : KLIK SINI


sumber : taotauajer.blogspot.com

PENGECAS HANDPHONE TERPACAK DI KEPALA BAYI


QUINGYUAN: Sebuah pengecas telefon bimbit terpacak di belakang kepala seorang bayi selepas dia terjatuh dari katil dan menghempap alat itu.
Bayi berusia setahun itu kini semakin pulih selepas pakar bedah mencabut pengecas itu dalam pembedahan selama enam jam.
Mereka terpaksa menanggalkan satu persatu pengecas itu hingga tinggal dua rod logam.
Pakar kemudian terpaksa menggerudi tengkorak bayi itu bagi mencabut bahagian terakhir di sebuah hospital di Quingyuan, China.
Ketua pakar bedah, Li Guofeng berkata: “Sebuah pengecas telefon bimbit hitam terpacak di belakang kepalanya. Ini kali pertama saya berdepan dengan kes seumpama ini.” Menurutnya, bayi itu bernasib baik kerana terselamat. “Jika ia terkena pada saluran darah, dia mungkin mati serta-merta,” katanya. – DM


sumber : myberita.com

Tuesday, 11 October 2011

SORRY READERS! TUAN BLOG DEMAM PANAS

salam, gua kt sini mewakilkan tuan empunya blog ni memohon maaf sbb blog ni mungkin tidak akan di update dalam masa sehari dua ni. tuan blog tetibe demam panas pulok. ni pun tuan blog bagi email & pass kt gua tadi.
maaf ye readers yg tertunggu-tunggu update terbaru. Btw, kalau ada masa terluang gua akn tolong update blog ni sbb gua pon blogger jugok.. Sama2 kita doa kn kesihatan tuan blog ni eh..thanks all!

Ahmad Jais Meninggal Dunia Pagi Tadi - Al-Fatihah



Penyanyi veteran Datuk Ahmad Jais yang popular menerusi lagu berjudul Taqwa Dan Iman menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital DEMC, Shah Alam pada kira-kira pukul 9.35 pagi tadi.
Allahyarham yang berusia 75 tahun sebelum ini dimasukkan ke hospital kerana menghidap asma dan sesak nafas di mana jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam selepas solat Zohor ini.

Sumber: Mynewshub.my


Monday, 10 October 2011

Cara Mengetahui Bila Anda Akan Mati

Kerajaan Malaysia sekrang ni makin dasyat la. Diorang dh buat application untuk tentukan umur kita sampai bila. Kalau korang nk try boleh la click Sini. Hanya perlu masukkan nama, tarikh lahir and jantina korang. Wait for a second and dia akan generate jangka hayat korang. Dasyat! Tapi korang jangan percaya pulok. Tahyul2..
Btw, jangka hayat aku dia tulis 52Tahun je. Gilo Apo! Tak puas la aku hidup kalau mcm nih! haha Tahyul weh! jangan percaya oke. Aku pon tak tau la ape motif kerajaan Malaysia buat Application nih. Layan jelaa...


PrintScreen application 

Sunday, 9 October 2011

Kisah azab mayat seorang polis Melayu

Gambar Hiasan

Baca kisah benar ini dan ambillah iktibar.
Seorang hamba Allah, Amin (nama samaran) memandikan mayat seorang polis Melayu. Amin terperanjat bila mendapati terdapat tattoo berbentuk salib di dada mayat tersebut.
Selesai dimandikan, mayat tersebut dikafan, disolatkan dan ditanam seperti mayat muslim yang lain.
Amin merasa tidak sedap hati dengan kejadian itu. Amin lalu bergegas ke pejabat agama berdekatan. Amin melaporkan kejadian yang dilihatnya yakni keadaan mayat yang mempunyai tattoo salib di dadanya.
Pihak pejabat agama segera meminta agar kubur digali semula dan mayat harus dipindahkan dari perkuburan orang Islam.
Kubur mayat polis Melayu itu segera digali semula yakni selang sejam atau beberapa jam selepas ia ditanam.
Alangkah terperanjatnya mereka bila melihat keadaan mayat yang mengerikan seolah-olah mayat tersebut sedang diazab. Mata yang terkeluar dan tulang-temulang yang patah bagai dihimpit kubur.
Kisah di atas merupakan kisah benar berlaku di sebuah daerah di Kelantan.
Allah telah takdirkan peristiwa ini berlaku di hadapan kita agar dijadikan pedoman dan ingatan sepanjang masa.
Allah tidak akan menimpa azab ke atas seseorang atau kaum kecuali didatangkan peringatan terlebih dahulu.
Allah itu maha adil dan tidak menganiaya hamba-hambaNya kecuali hamba itu menzalimi diri sendiri.
Cintai Allah, Cintai Islam.
Moral cerita:
1. Apa mahu dibanggakan dengan bangsa? Melayu atau Cina atau India semua itu tiada nilai di sisi Allah. Orang yang paling baik di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa. Justeru usah dibanggakan dengan bangsa. Perjuangan berasaskan bangsa adalah perjuangan lapuk dan berfikiran sempit.
2. Jika inilah tahap polis Melayu, maka apa yang dihairankan polis berkelakuan seperti anjing membelasah rakyat tanpa belas semata-mata menurut kehendak tuannya. Sudah tentu bukan semua polis berkelakuan begitu.
Kita tidak dapat memastikan azab pada mayat tersebut kerana murtad atau kerana tattoo. Pada pendapat saya, selagi masa hayatnya polis itu bersolat dan berpuasa seperti orang Islam yang lain, maka mayatnya harus diuruskan seperti mayat orang Islam juga.
Tattoo tersebut mungkin semata-mata tattoo yang dibuat secara main-main sahaja. Meskipun tattoo itu berbentuk salib. Kecuali ada keluarga atau kawan-kawannya yang bersaksi bahawa si mati pernah mengaku keluar dari Islam atau melakukan perkara yang membatalkan iman.
Ibnu Umar r.a berkata: Rasulullah s.a.w mengutuk wanita yang menyambung rambut seorang wanita dan wanita yang minta disambungkan rambutnya (yakni memakai rambut palsu), orang yang membuatkan tatoo dan orang yang meminta dibuatkan tatoo.”
Hadis direkodkan oleh Imam Muslim
Berdasarkan hadis ini, hukum bertatoo adalah haram dan berdosa besar. Ia tidak menyebabkan seseorang itu murtad. Namun dosa-dosa yang dikumpulkan boleh memudarkan iman dan akhirnya mendekatkan seseorang kepada murtad juga. Justeru penawarnya adalah taubat, menambah ilmu dan amal.
Bersabar sedikit di dunia untuk mentaati Allah jauh lebih baik dari bersabar ketika diazab di akhirat kelak. Fikir-fikirkan.Ummu Abbas-keranacinta
Wassalam

Kesederhanaan Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad


Ketika di temubual oleh TV Fox (AS) mengenai kehidupan pribadinya:'Ketika anda melihat di cermin setiap pagi,apa yang anda katakan kepada diri anda?'.Presiden Mahmoud Ahmadinejad menjawab:'Ingat,engkau tidak lebih dari seorang pelayan,hari-hari yang akan mendatang penuh tanggung jawab yang berat,yaitu melayani bangsa iran'.

Berikut adalah gambaran kesederhanaan ahmadinejad,yang membuat orang terkejut:

1.ketika pertama kali menduduki kerusi presiden iran,beliau menyumbangkan seluruh tikar karpet istana iran yang sangat tinggi nilainya kepada masjid-masjid di teheran dan menggantikannya dengan tikar karpet biasa yang mudah dibersihkan.

2.Beliau mengamati bahwa ada ruangan yang sangat besar untuk menerima dan menghormati tetamu VIP, lalu dia memerintahkan untuk menutup ruang tersebut dan menanyakan pada pegawai protokol untuk menggantinya dengan ruangan biasa dengan 2 kerusi kayu, meskipun sederhana tetapi tetap terlihat impresive.




3.Di banyak kesempatan dia menyapa dan bergurau dengan petugas kebersihan di sekitar rumah dan pejabat presiden.

4.Di bawah kepimpinannya,dia meminta menteri-menterinya untuk datang kepadanya dan menteri-menteri tersebut akan menerima sebuah dokumen yang ditandatangani yang berisikan arahan-arahan daripadanya, arahan tersebut terutama sekali menekankan kepada menteri-menterinya untuk tetap hidup sederhana dan disebutkan bahwa akaun bank pribadi maupun kerabat dekatnya akan dipantau, sehingga pada ketika menteri-menteri tersebut berakhir masa jabatannya dapat meninggalkan pejabatnya dengan kepala tegak.

5.Langkah pertamanya adalah dengan mengumumkan kekayaan dan hartanahnya yang terdiri dari Peugeot 504 tahun 1977, sebuah rumah sederhana warisan ayahnya 40 tahun yang lalu di sebuah daerah di Teheran. akaun banknya dengan jumlah minimum, dan satu-satunya yang masuk adalah wang gaji bulanannya.

6.Gajinya sebagai pensyarah di sebuah universiti hanya US$ 250.



7.Satu hal yang membuat kagum staf presiden adalah beg yang selalu dibawa presiden tiap hari selalu berisikan sarapan, roti isi atau roti keju yang disiapkan isterinya dan memakannya dengan gembira, dia juga menghentikan kebiasaan menyediakan makanan yang dikhususkan untuk presiden.

8.Hal lain yang dia ubah adalah menukar kapal Terbang presiden, dia mengubahnya menjadi pesawat kargo sehingga dapat menjimat cukai rakyat dan untuk dirinya,dia meminta terbang dengan kapal terbang biasa dengan kelas ekonomi.

9.Dia kerap mengadakan mesyuarat dengan menteri-menterinya untuk mendapatkan maklumat tentang kegiatan yang sudah dilakukan, dan dia memotong protokol istana sehingga menteri-menterinya dapat masuk langsung ke ruangannya tanpa ada hambatan.Dia juga menghentikan kebiasaan upacara-upacara seperti karpet merah, sesi foto ketika mengunjungi berbagai tempat di negaranya.




10.ketika harus menginap di hotel,dia meminta diberikan bilik tanpa tempat tidur yang tidak terlalu besar karena dia tidak suka tidur di atas tilam, tetapi lebih suka tidur di lantai beralaskan karpet dan selimut.Presiden Iran tidur di ruang tamu rumahnya sesudah lepas dari pengawal-pengawalnya yg selalu mengikuti kemanapun dia pergi. Menurut akhbar Wifaq, gambar-gambar yg diambil oleh adiknya tersebut, kemudian disebarkan oleh media massa di seluruh dunia, termasuk amerika.



11.Sepanjang sembahyang, anda dapat melihat bahwa dia tidak duduk di baris paling hadapan
.



12.ketika suara azan berkumandang,dia langsung mengerjakan sembahyang dimanapun dia berada meskipun hanya beralaskan tikar karpet biasa.


sumber: fcukz.co.cc






Saturday, 8 October 2011

Fakta Menarik Mengenai Bahasa Ingggeris


1.'Queue' adalah satu-satunya perkataan dalam bahasa Inggris yang dapat dibaca dengan cara yang sama ketika empat huruf terakhir dihilangkan.

2.'Rhythm' adalah kata terpanjang dalam bahasa Inggris yang tidak mengandungi huruf vokal.

3.'Almost' adalah kata terpanjang dalam bahasa Inggris yang disusun mengikuti urutan alfabet.

4.'Go', adalah kalimat lengkap terpendek dalam bahasa Inggris.

5.Hanya ada empat perkataan dalam bahasa Inggris yang berakhir dengan suku kata ‘dous’, yaitu: ‘tremendous’, ‘horrendous’, ‘stupendous’ dan ‘hazardous’.

6.Kalimat ‘The quick brown fox jumps over the lazy dog’ menggunakan setiap huruf yang ada dalam abjad.

7.'Stewardesses' adalah kalimat terpanjang yang boleh anda taip dengan menggunakan tangan kiri di keyboard anda.

8.Dan 'lollipop' pula merupakan kalimat terpanjang yang boleh anda taip dengan menggunakan tangan kanan di keyboard anda.

9.'TYPEWRITER' merupakan kalimat terpanjang yang boleh anda taip menggunakan huruf hanya pada satu baris dari keyboard anda.

10.Huruf 'A' hingga 'Z' mempunyai simbol (dan bunyi tersendiri), KECUALI, huruf 'W', 'W' adalah huruf 'uu'@'double u'.







*very2 interesting..we never realized it before this





sumber: fcukz.cc.co

Surat Khabar 3D Yang Pertama Di Dunia


Semenjak China menerbitkan surat khabar tiga dimensi,menyebabkan permintaan masyarakat surat khabar 3-D ini semakin banyak dan mereka menginginkan lebih banyak lagi terbitan surat khabar 3-D tersebut. Mendapat respon yang positif, maka para media massa juga merancang untuk memenuhi permintaan masyarakat tersebut.Surat khabar harian Hangzhou akan menerbitkan surat khabarnya dalam format 3-D juga, akan tetapi hanya dalam jumlah terhad untuk perkenalan awal.

Tabloid Inggeris, The Sun, juga sudah mengumumkan bahwa mereka akan mengeluarkan surat khabar versi 3D terbitannya.Foto-foto di surat khabar 3-D ini pasti akan terlihat menarik sekali, oleh sebab itu bagi pemasang iklan 'rumah dijual' dalam surat khabar jenis 3-D ini merupakan media yang sesuai untuk mereka. Kerana foto yang bagus akan lebih menarik bagi para pembeli rumah.











sumber: fcukz blog

Cara-Cara Untuk Dapat Traffik 10,000++ Sehari


Default setting yang di buat blogger.com pada title meta tag yang terdapat pada script template anda sebenarnya kurang mesra kepada google search engine. Ini kerana, title meta tag tersebut akan memaparkan nama blog terlebih dahulu dan kemudian di ikuti dengan tajuk entri atau artikel. Di bawah ini adalah contoh title meta tag yang terdapat pada blog anda.
<title><data:blog.pagetitle/></title>


Untuk menjadikan blog anda mesra dengan google search engine, title meta tag yang terbaik adalah title meta tag yang akan memaparkan tajuk entri atau artikel terlebih dahulu dan di ikuti dengan nama blog. Apa yang perlu anda lakukan adalah menggantikan default title tag kepada title meta tag yang lebih mesra dengan google search engine. Anda boleh lihat costum title meta tag tersebut di bawah.


Untuk menggantikan default title tag kepada costum title meta tag, hanya perlu ikut beberapa langkah yang mudah di bawah.
Langkah 1

Log in blog => Dashboard => Design => Edit HTML. Seterusnya klik pada Expand Widget Templates.

Langkah 2
Dengan menggunakan keyboard, tekan kekunci Ctrl + F. Seterusnya taip atau paste kod<title><data:blog.pagetitle/></title> pada ruang Find dan kemudian, tekan kekunci Enter.

Langkah 3
Salin kod berwarna merah di bawah dan paste (gantikan) pada kod <title><data:blog.pagetitle/></title>
<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>
<title><data:blog.pageName/> | <data:blog.title/></title>
<b:else/>
<title><data:blog.pageTitle/></title>
</b:if>

Akhir sekali, klik Preview dan jika tiada mesej Error terpapar, klik saja Save.



sumber : blogammar.com

Friday, 7 October 2011

Kereta Kalis Peluru Dan Bom Untuk Orang Awam Yang Pertama Di Dunia

Dartz Kombat T98 Kereta Anti Peluru Dan Bom


Dartz Kombat T98 Luxury SUV adalah kereta Range Rover Vogue yang telah diubahsuai oleh Armet Armored Vehicles yang dimiliki oleh seorang usahawan Rusia, Armet Gurkha menjadi sebuah kereta anti peluru.Kereta Dartz Kombat T98 Luxury SUV direka menjadi seperti Hummer.

Bukan saja kebal peluru yang ditembak oleh senjata jenis AK-47, bahkan kereta ini pun tidak musnah oleh letupan bom tangan sekalipun.Body kereta ini dibuat dari besi yang tebal sedangkan kacanya menggunakan kaca dengan ketebalan sehingga 7 cm. Walaupun berat, dengan mesin Vortec V8 nya, kereta ini masih mampu dipandu sehingga 180 km/jam.Menurut maklumat,kereta ini dijual pada harga US$ 200.000.













Kamera 200 Mega Pixel Pertama di Dunia


Kamera 200 mega pixel pertama di dunia ini (model H4D-200MS) dikeluarkan oleh syarikat pembuat kamera, Hasselblad. Kamera ini berharga RM 135, 000 ($ 45, 000).






Sebenarnya, kamera ini menggunakan sensor 50 megapixel sahajaa, tetapi dengan teknologi multishot Hasselblad berupaya menggabungkan enam shot menjadi satu. Ini bermakna subjek bergerak seperti model fesyen tidak boleh digunakan untuk kamera ini.


contoh gambar yang diambil oleh kamera H4D-200MS:






sumber : billyinfi blog

Fakta Menarik Diantara Lelaki Dan Perempuan

 Fakta Menarik Diantara Lelaki Dan Perempuan

1.Rata-rata perempuan tidur lebih lama 1 jam di waktu malam dari pada lelaki.

2.Bayi perempuan cenderung lebih cepat berjalan dan berbicara, bayi lelaki 2 bulan lebih lambat.

3.Lebih banyak kehamilan dan kelahiran dengan komplikasi (gangguan) saat mengandung bayi lelaki dibandingkan dengan bayi perempuan.

4.Rata-rata berat otak lelaki lebih berat 1,4 kg daripada berat otak perempuan.

5.Pembedahan mengganti alat kelamin lebih banyak dilakukan oleh lelaki.

6.Perempuan kurang mampu menahan dingin disebabkan permukaan kulit yang lebih besar, sehingga lebih suka pada suhu ruang yang lebih hangat.

7.Lelaki lebih suka bicara langsung sesuai tujuannya, sementara perbicaraan perempuan terputus-putus dengan keraguan dan perasaan. Disebabkan serabut penghubung antara belahan otak kanan ( intuisi ) dan kiri ( logika ) lebih sedikit pada perempuan. Sehingga ekspresi perasaan lebih mudah terjadi pada perempuan.

8.Perempuan lebih baik indra penciumannya disebabkan tingginya hormon estrogen yang diketahui sebagai aktivator reseptor penciuman.

9.Perempuan mempunyai 75 % lebih banyak kelenjar keringat/peluh ( yang menghasilkan bau badan ) daripada lelaki.

10.Kemampuan indra laki-laki untuk mengecapi rasa masam, manis dan masin lebih rendah pada perempuan.

11.Lebih dari dua kali pada perempuan cenderung homoseksual (menyukai sesama jenis) pada usia 45 tahun daripada lelaki.

12.Pada saat usia tua perempuan mengalami kerontokan rambut, pada usia yang sama sebagian besar laki-laki mengalami kebotakan. Kebotakan disebabkan produksi berlebihan dari hormon androgen (hormon lelaki ).

13.Berpapasan dengan perempuan di jalanan, lelaki menghadapkan tubuhnya menghadap perempuan yang dijumpainya. Perempuan pula cenderung membalikkan badan, sering secara tidak sedar menempatkan tangan di depan badannya untuk melindungi dada.

14.Kira-kira 48 % lelaki berdengkur ketika tidur, hanya 22 % saja pada perempuan.

15.Lelaki lebih banyak memilih merah, dan perempuan warna biru.

16.Perempuan rata-rata 153 saat berada di toilet, lelaki 113 saat.

17.Satu berbanding empat, perempuan dibanding lelaki yang berbicara gagap.

18.Penelitian di Amerika, perempuan menggunakan waktu hampir 2 kali lebih banyak untuk berbelanja dibanding lelaki.

19.Perempuan secara umum yang lebih menentukan corak dan gaya pakaian yang dipakai.

20.Penelitian di England, kanak-kanak lelaki lebih mudah ditipu/diperdaya dibanding kanak-kanak perempuan.


sumber:fcukz blog

Kereta Cadillac Presiden US Barack Obama


Kereta limosin presiden US ini dihasilkan oleh General Motors.General Motors melalui division Cadillac diberi tugas untuk membina limosin presiden baru Amerika. Dan dinamakan 'The Beast Limousine Cadillac'.“Cadillac merasa bangga kerana sekali lagi membina limosin untuk presiden,” ujar Wakil Presiden Cadillac Amerika Utara Mark McNabb seperti dikutip website rasmi GM.“Ini merupakan tradisi Amerika, yang kami perbaharui dengan kereta baru yang sarat dengan teknologi dan design dramatik Cadillac,” ujar McNabb mengenai kereta baru Obama.Limo ini juga terlihat dalam bentuk prototipe dengan kereta GM lainnya seperti kereta pick up GMC Topkick.

Rekaan Luaran kereta Obama masih seperti Cadillac STS dan DTS tetapi mengalami sedikit perubahan. Sementara rekaan lain juga mengikuti limo lainnya, misalnya lampu yang mirip dengan Escalade, gril dan lampu belakang yang serupa dengan Cadillac STS.Untuk menahan peluru, kereta dilapisi dengan menggunakan pelbagai logam seperti aluminium, titanium dan material keramik. Pintu setebal 8 inci yang hampir serupa dengan pintu kabin pesawat Boeing 787 terpasang untuk menambah keselamatan. Tayar terbuat dari serat kevlar yang tahan bocor serta velg besi baja yang masih boleh melaju jika tayar terkelupas.Ciri keselamatan bukan hanya itu saja, di kereta juga tersedia simpanan darah untuk Obama, persediaan oksigen, kamera night vision, gas air mata dan sejumlah kemudahan yang lainnya.

Dengan semua perlengkapan itu, kereta Obama cukup berat,kereta ini pun hanya memiliki top speed 96 km per jam dan menghabiskan bahan bakar setiap 8 mil per gelennya.Dari sisi rekaan, Kursi penumpang belakang, sangat luas dengan tempat duduk eksklusif untuk Obama dan staf eksekutifnya.Logo presiden ditempatkan di tengah panel belakang Limo.Lambang presiden juga tertampal di luar pintu belakang.Dengan Cadillac, Obama berarti menambah panjang senarai presiden AS yang menggunakan limo mewah ini. Peran Cadillac dimulai pada Perang Dunia I.Deretan pengguna Cadillac adalah Woodrow Wilson, Franklin D. Roosevelt, Harry S. Truman dan Dwight D. Eisenhower, John F. Kennedy, Lyndon B. Johnson, William J. Clinton, Ronald W. Reagan dan George W Bush.


sumber: fcukz blog


Menarik !