"Time is what we want most, but what we use worst"

Friday 7 September 2012

Professor Matematik Terpintar Di Dunia!





Pada suatu hari di sebuah perguruan tinggi negeri yang terkenal di dunia,seorang prof. sedang mengajar tentang teori matematiknya,Prof. tersebut menerangkan dengan saksama dan sejelas jelasnya,suasana kuliah menjadi hening dan menyeramkan,tiba-tiba lonceng kampus berbunyi tanda berakhirnya mata kuliah matematik.Tiba-tiba di tengah keheningan kelas seorang mahasiswa berdiri dan memberi tepuk tangan kepada Prof. tersebut,semua mahasiswa dan mahasisiwi tercengang melihatnya.

Mahasiswa : Luar biasa!!! (sambil tepuk tangan).

Prof. : Hei......anda yang berdiri!,Mengapa anda bertepuk tangan dan berdiri?.

Mahasiswa : saya sangat takjub dengan teori dan metode yang Prof. kemukakan,bahkan anda lebih hebat dari penemu formula matematik di dunia.

Prof : (mendengar pernyataan itu Prof. pun tersenyum dan terkejut) Terima kasih.

kerana mata kuliah berakir kita berjumpa lagi minggu depan.

.........

Sesampainya di rumah Prof tersebut pun memikirkan apa perkataan mahasiswanya,apakah betul dia sehebat itu,bahkan lebih hebat dari aristoteles ataupun Einstein sekalipun,sang Prof. penasaran dan tersenyum bangga,ingin bertanya jawab lagi dengan mahasiswanya minggu depan.

.........

Pertemuan berikutnya,dengan besar kepala dan senyuman,Prof. tersebut pun mengajarlah di kelas matematik tersebut dan langsung melontarkan pertanyaan kepada mahasiswanya yang telah memberinya tepuk tangan minggu lalu,

Prof : Anda yang bertepuk tangan minggu lalu,silahkan berdiri,mengapa anda memberi penyataan seperti minggu lalu.

Mahasiswa : Betul Prof,saya membaca artikel bahwa pemikiran aristoteles hanya dapat di pahami oleh 5 orang sahaja di seluruh dunia ini,sedangkan teori yang Prof. kemukakan tidak satupun dari seluruh mahasiswa di kampus ini yang memahami.Prof. betul-betul begitu luar biasa.

Prof. : ???????!!!!!!!.

Thursday 9 August 2012

10 pintu syaitan di alam nyata



Pintu-pintu tersebut tidak boleh terbuka kecuali jika seseorang mengetahui pintu-pintu tadi. Syaitan tidak 
boleh terusir dari pintu tersebut kecuali jika seseorang mengetahui cara syaitan memasukinya. 

Cara syaitan untuk masuk dan apa saja pintu-pintu tadi adalah sifat seorang hamba dan jumlahnya amatlah banyak. 

Pada masa ini kami akan menunjukkan pintu-pintu tersebut yang merupakan pintu terbesar yang setan biasa memasukinya. Semoga Allah memberikan kita pemahaman dalam permasalah ini.

Pintu pertama:
Ini adalah pintu terbesar yang akan dimasuki syaitan iaitu hasad (dengki) dan tamak. Jika seseorang begitu tamak pada sesuatu, ketamakan tersebut akan membutakan, membuat tuli dan menggelapkan cahaya kebenaran, sehingga orang seperti ini tidak lagi mengenal jalan baik atau buruk.

Begitu pula jika seseorang memiliki sifat hasad, syaitan akan menghias-hiasi sesuatu seolah-olah menjadi baik sehingga disukai oleh syahwat padahal hal tersebut adalah sesuatu yang mungkar.

Pintu kedua:
Iaitu marah. Ketahuilah, marah dapat merosak akal. Jika akal lemah, pada masa itulah tentara syaitan akan melakukan serangan. Mereka akan mentertawakan manusia jika manusia terbawa amarah. Pada keadaan kita seperti ini, segeralah berwudhu kerana marah terjadi akibat hembusan api jahanam, padamkan dengan air wudhu.
Pintu ketiga:
Iaitu sangat suka menghias-hiasi tempat tinggal, pakaian dan segala perabot yang ada. Orang seperti ini sungguh akan sangat rugi kerana umurnya hanya dihabiskan untuk tujuan ini.

Pintu keempat:
Iaitu kenyang kerana telah makan banyak makanan. Keadaan seperti ini akan menguatkan syahwat dan melemahkan untuk melakukan ketaatan pada Allah. Kerugian lainnya akan dia dapatkan nanti di akhirat.

Pintu kelima:
Iaitu tamak pada orang lain. Jika seseorang memiliki sifat seperti ini, maka dia akan berlebih-lebihan memuji orang tersebut padahal orang itu tidak memiliki sifat seperti yang ada pada pujiannya. 

Akhirnya, dia akan mencari muka di hadapannya, tidak mahu memerintahkan orang yang disanjung tadi pada kebajikan dan tidak mahu melarangnya dari kemungkaran.
Pinta keenam:
Iaitu sifat selalu tergesa-gesa dan tidak mahu bersabar untuk perlahan-lahan. Padahal terdapat sebuah hadits dari Anas, di mana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Sifat perlahan-lahan (sabar) berasal dari Allah. Sedangkan sifat ingin tergesa-gesa itu berasal dari syaitan.” (Hadits ini diriwayatkan oleh Abu Ya’la dalam musnadnya dan Baihaqi dalam Sunanul Qubro. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shoghir mengatakan bahwa hadits ini hasan)

Pintu ketujuh:
Iaitu cinta harta. Sifat seperti ini akan membuat berusaha mencari harta bagaimana pun caranya. Sifat ini akan membuat seseorang menjadi bakhil (kedekut), takut miskin dan tidak mahu melakukan kewajiban yang berkaitan dengan harta.

Pintu kelapan:
Iaitu mengajak orang awam supaya ta’ashub (fanatik) pada madzhab atau golongan tertentu, tidak mahu beramal selain dari yang diajarkan dalam madzhab atau golongannya.

Pintu kesembilan:
Iaitu mengajak orang awam untuk memikirkan hakIkat (kaifiyah) dzat dan sifat Allah yang sukar dicapai oleh akal mereka sehingga menjadikan mereka menjadi ragu dalam masalah paling penting dalam agama ini iaitu masalah aqidah.

Pintu kesepuluh:
Iaitu selalu berburuk sangka terhadap muslim lainnya. Jika seseorang selalu berburuk sangka (bersu’uzhon) pada muslim lainnya, pasti dia akan selalu merendahkannya dan selalu merasa lebih baik darinya. 

Seharusnya seorang mukmin selalu mencari udzur dari saudaranya. Berbeza dengan orang munafik yang selalu mencari-cari ‘aib orang lain.

Semoga kita dapat mengetahui pintu-pintu ini dan semoga kita diberi taufik oleh Allah untuk menjauhinya.

Sumber : http://tulahan.blogspot.com

Friday 28 October 2011

10 NEGARA YANG ANTI KEPADA BLOGGER

1.Myanmar
Burma merupakan Negara yang memantau dengan ketat saluran media cetak dan juga media massa.Kini burma juga mulai menghadkan aktiviti Blog dan Internet. Tekanan bagi pengguna internet peribadi sangat kuat,sehingga banyak penduduk burma mengakses internet melalui cyber cafe. Kerajaan burma juga membuat peraturan yang ketat bagi cyber cafe dan saluran internet. Bahkan kerajaan burma juga memantau email dan cara komunikasi lainnya dan juga menutup akses blog milik kelompok pembangkang. Setidak-tidaknya ada dua blogger yang telah masuk penjara,seperti Maung Thura yang dikenali dengan nama Zarnagar.Zarnagar dipenjara kerana telah membuat video mengenai Cyclone Nargis 2008.

2.Iran
Negara Iran tidak segan-segan menahan para blogger yang mengkritik mengenai agama,ahli politik,revolusi islam dan simbolnya.kerajaan juga meminta seluruh blogger mendaftarkan blog  ke kementerian seni dan budaya.kerajaan iran juga telah menutup jutaan blog dan juga membentuk suruhanjaya khusus dalam menangani masalah internet dan blogger.Blogger Omidreza Mirsayafi telah dimasukkan ke dalam penjara kerana didakwa menghina pemimpin agama.

3.Syria
Kerajaan Syria menapis blog yang sensitif pada politik. Para blogger boleh ditahan jika terbukti membuat blog yang mengkritik kerajaan. Pada tahun 2008,menteri komunikasi memerintahkan para pemilik cyber cafe untuk mencatat setiap pelanggan yang melanggan akses internet di premis masing-masing dan mengirimkan maklumat tersebut secara berkala ke kementerian komunikasi. Whaed al-Mhana,seorang blogger mengenai arkeologi telah ditahan oleh kerajaan syria kerana membuat tulisan mengenai letupan di pasar bandar tertua di damaskus.

4.Mesir
Semua saluran komunikasi melalui internet di mesir dikendalikan oleh syarikat milik kerajaan bernama Egypt Telecom. Setidak-tidaknya tercatat 100 blogger telah di tahan oleh kerajaan mesir pada tahun 2008. Blogger Abdel Karim Suleiman,yang dikenali dengan nama Karim Amer dipenjara selama empat tahun kerana menghina islam dan presiden mesir Hosni Mubarak
.


5.Tunisia
Seluruh saluran internet di tapis oleh kerajaan tunisia,dan kerajaan juga memantau email milik para aktivis dan para blogger. Penulis blogger Slim Boukhdhir dan Mohammed Abbou dipenjara kerana tulisannya yang mengkritik kerajaan tunisia


6.China
Hampir 300 juta orang menggunakan internet di cina,melebihi negara manapun di dunia. Namun kerajaan cina masih mampu mengawasi pengguna online di cina. Kawalan yang ketat juga dilakukan terhadap pengguna email di cina. Sekurang-kurangnya seramai 24 blogger telah dimasukkan ke penjara oleh kerajaan cina. Pada tahun 2008,pejabat kementerian yang bertanggung jawab dalam menghapus pornografi dan hak milik ilegal mengumumkan telah berhasil menutup lebih dari 2 juta blog haram di negara cina itu.


7. Cuba
Di Cuba hanya pejabat kerajaan dan orang-orang dari parti komunis sahaja yang boleh mengakses internet. Pada umumnya,penduduk Cuba menggunakan internet melalui hotel dan cyber cafe yang dikawal ketat oleh kerajaan cuba. Kerajaan Cuba saat ini telah menahan seramai 21 blogger dalam satu dekad kebelakangan ini.

8.Vietnam
Para blogger di vietnam berani menceritakan berita-berita tentang politik di blog kerana media tradisional di sana telah dikawal oleh kerajaan. Namun akhirnya diketahui oleh kerajaan yang kemudian membuat peraturan khas untuk blogger. Blogger terkenal Nguyen Van Hai,yang lebih dikenali Dieu Cay dijatuhi hukuman 30 bulan penjara atas tuduhan mengelak membayar cukai. Dalam penyelidikan CPJ memberitahu bahwa hukuman tersebut sebagai balasan terhadap Nguyen yang berani mengkritik kerajaan vietnam. Pada oktober 2008,menteri komunikasi dan maklumat telah menubuhkan pasukan khusus untuk memantau internet
.


9. Arab Saudi
Sebanyak 400 ribu blog telah ditutup oleh kerajaan arab saudi berhubung dengan masalah politik,sosial dan isu-isu agama. Kerajaan dengan segera menutup blog yang mengkritik negara dan sistem perundangannya. Blogger Ahmed al-Farhan dipenjara tanpa diadili untuk beberapa bulan pada tahun 2007 dan 2008 kerana menyuarakan perubahan dan pembebasan tahanan politik.


10. .TURKMENISTAN
Presiden Gurbanguly Berdymukhammedov telah membuka negaranya kapada dunia luar dengan menyediakan saluran internet bagi penduduk di negaranya. Namun cyber cafe pertama di negara tersebut pada tahun 2007 telah dijaga denga ketat 'setengah mati' oleh askar kerajaan. Walaupun jaringan telekomunikasi Russia MTS,telah memasuki pasaran turkmenistan yang menawarkan akses internet melalui telefon bimbit pada jun 2008,tetap juga tidak terlepas dari pengawasan oleh kerajaan turkmenistan dalam rangka usaha menghindari wujudnya blog yang mengkritik kerajaan turkmenistan.


Thursday 27 October 2011

FULL RENOVATION! BLOG BERWAJAH BARU!

Yeah! Akhirnya gua berjaya! Berbaloi 3 jam duk mengadap coding java ni,pening tak payah cakap laa. Btw, thanks pada kawan2 yang bagi teguran suh tukar template blog. So, enjoy your reading bloggers!


 

Monday 24 October 2011

10 Fakta Menarik Mengenai Formula 1




1. Dalam setiap kali perlumbaan seorang pelumba rata-rata kehilangan berat badan sebanyak 2 Kg. Jumlah ini boleh menjadi lebih jika perlumbaan berlangsung pada litar yang panas seperti Sepang, atau Bahrain.


2. Jumlah berat seluruh peralatan yang harus dibawa setiap tim F1 setiap kali perlumbaan sebanyak 28 tan. Terdiri atas spare parts, tools, peralatan pit-stop termasuk  alat ganti simpanan. Ada sekitar 10.000 spare-part dan 1500 kertas dan simpanan pembungkus dengan logo team.


3. Terdapat 100 radio komunikasi antara anggota tim serta pelumbanya selama race weekend (khamis-ahad). Alat komunikasi lain yang dibawa antara lain 16 CPU dan lebih kurang 30 notebook/laptop.


4. Jarak break yang diperlukan kereta-kereta F1 dari kecepatan 200km/jam sampai berhenti sempurna adalah 55 meter. Ditempuh dalam 2 saat, menghasilkan G-force sampai 5,6G. Itu bermakna tubuh pelumba (terutama leher) harus menahan dorongan ke depan hingga 5,6 kali berat badannya sendiri. Buat perbandingan, kereta penumpang standard perlu jarak 120 meter untuk membreak dari 200km/jam sampai berhenti,dalam 4.1 detik.


5. Suhu di dalam eksoz kereta lumba F1 mencapai 950 derajat Celcius. Saat melakukan break,suhu piringan break kereta F1 boleh mencapai lebih dari 1000 derajat Celcius. Sedangkan suhu rata-rata dalam kokpit selama lumba adalah 55 derajat Celcius.


6. Pelumba F1 memantau tidak kurang dari 15 fungsi penting dari lampu-lampu serta LCD monitor di steering wheel kereta F1. Posisi gear, putaran mesin, kecepatan, campuran bahan bakar, dan lain-lain. Di stereng juga ada tombol radio komunikasi, tombol pam air minum, serta pengatur komputer mesin.Dibelakang stereng ada pedal atau tuas untuk memindahkan gear.


7. Jumlah putaran yang harus ditempuh oleh pelumba F1 sepanjang musim perlumbaan adalah 1124 putaran/lap. Terdiri dari 17 siri lumba di 18 negara seluruh dunia.


8. Selama race weekend setiap tim menghabiskan sekitar 1200 liter bahan bakar. Ditambah 70 liter machine oil dan 30 liter gearbox oil. Sebuah kereta lumba F1 memerlukan 70 liter bahan bakar untuk menempuh jarak 100 km.


9. Khusus di litar Monaco, seorang pelumba melakukan 3100 kali perpindahan gear selama perlumbaan. Di litar lain pelumba “hanya” melakukan rata-rata 2500 kali perpindahan gear.


10. Jumlah air dan minuman ringan yang diambil oleh sebuah tim selama race day adalah 3300 liter. Selama perlumbaan di litar bersuhu panas seperti sepang, pembalap akan kehilangan cairan tubuh (dehidrasi) sehingga 2,5 liter.






Btw, Gua 'kipas susah mati' Ferrari !  

Menarik !