"Time is what we want most, but what we use worst"

Monday 25 April 2011

Reaksi Syaitan Jika Membaca Al-Quran

Kongsi2. Jangan simpan sorang2 sebab dengar cakap setan 

1)Ketika anda membawa Al-Quran, respon syaitan ialah biasa-biasa saja…tengok je..

2)Ketika anda membukanya, syaitan mulai curiga.

3)Ketika anda membacanya, dia resah dan gelisah.

4)Ketika anda memahaminya, dia mula terkejang-kejang

5)Ketika anda mengamalkan Al-Quran dlm kehidupan setiap hari. Dia stroke. …………

Teruskan membaca Al-Quran & mengamalkannya agar syaitan terus stroke .

Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata “jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung !”
SEBAR2KAN LAH~~ Jangan dengar bisikan syaitan !

Monday 18 April 2011

Syaitan Membantu Manusia! Bacalah Jika Anda Umat Islam

Seorang lelaki muda bangun di awal pagi untuk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudu' dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan lelaki itu jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudu', dan, berjalan menuju masjid.

Dalam perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama. Dia sekali lagi bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia sekali lagi berganti baju, berwudu' dan berjalan lagi menuju masjid.

Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab, "Saya melihat kamu jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu." Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.

Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa lampu untuk masuk bersolat subuh bersamanya. Lelaki tadi menolak. Berkali-kali diajak tetapi jawapannya sama.

Lelaki muda bertanya, kenapa menolak untuk masuk bersolat. Lelaki pembawa lampu menjawab: "Aku adalah Syaitan!"

Lelaki muda itu sungguh terkejut..

Syaitan menjelaskan, ''Saya melihat kamu berjalan ke masjid, dan sayalah yang membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah mengampunkan semua dosamu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan itupun tidak membuatmu merubah fikiran tetapi tetap kembali ke masjid.

Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh keluargamu. Saya bimbang jika saya membuatmu jatuh ketiga kalinya, mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahawa kamu sampai di masjid dengan selamat."







Credit to : Syahirul

Tuesday 12 April 2011

Perak (4) - Kelantan (0)

Perak menang besar woo!! 4-0 tu..

Memang sangat puas hati la tengok perak main tadi. Tak rugi duk tercangak 90 minit depan tv. Minit ke 5 pun perak dah score memang tu dah menunjukkan game malam ni memang perak yang punya. Biasa lah kalau tengok kat tempat awam mcm kat kedai mamak tadi memang ramai la pengulas yang tak diundang duk bising sana sini. Komen banyak sangat suh diorang yang main baru diorang tau. Tambah-tambah lagi penyokong kelate yang frust menonggeng-nonggeng tadi, mulut macam haram je. Memang gua hayun sorang2 tadi, sorang mati sorang lagi ada kat ICU skarang. Ok tu memang gua tipu. Ape2 pun congrate kepada team Perak yang berjaya menutup mulut2 longkang penyokong kelate tadi. Harap next game dapat perform macam tadi lagi. Aminn.... :)

Monday 11 April 2011

Tips Mengenal Pasti Telur Tiruan & Kesan Memakannya (Penting!!)

1. Kulit lebih berkilat berbanding telur sebenar.

2. Permukaan kulit kasar.

3. Menghasilkan bunyi yang kuat apabila digoncangkan kerana kandungan air dalam bahan mentah yang digunakan .

4. Mempunyai bau berbeza.

5. Putih dan kuning telur akan bercampur sebaik sahaja telur dipecahkan. 

6. Ketika di goreng, putih telur mudah merebak tanpa di sentuh.

7. Kulit telur tiruan lebih lutsinar apabila diletakkan di bawah cahaya terang.

8. Putih dan kuning telur sangat nipis. 

9. Tiada lapisan kulit pada bahagian dalam telur tiruan.


RISIKO MAKAN TELUR TIRUAN

1. risiko hilang ingatan

2. Ganguan metabolisme

3. kerosakan saraf otak

4. masalah hati

5. penghasilan sel darah yang rendah 

Fakta-Fakta Menarik Dunia! (Part 2)

1. Pen berdakwat diperkenalkan pada tahun 1884 oleh Lewis E.Waterman, seorang agen insurans.


2. Semut berkomunikasi dengan menggosokkan sesungutnya.


3. Gajah Afrika hamil selama 640 hari.


4. Raja Uganda , King Mutasa, dianggarkan mempunyai isteri seramai 7,000 orang.


5. *Ia mengambil masa selama 5 bulan untuk memberitahu Ratu Isabella mengenai pengembaraan Columbus dan 2 minggu bagi masyarakat Eropah untuk mengenai tentang pembunuhan Presiden Amerika, Abraham Lincoln. Bagaimanapun, hanya 1.3 saat sahaja diperlukan untuk manusia menerima kata-kata pertama dari angkasawan Neil Amstrong bahawa manusia boleh berjalan di atas permukaan bulan.


6. Semut mempunyai otak yang paling besar dalam alam haiwan, jika dibandingkan dengan nisbah saiz badannya.


7. Sungai Amazon di Amerika Selatan yang merupakan sungai terbesar di dunia, mengandungi dua pertiga daripada kandungan air sungai seluruh dunia.


8.  Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.


9. Tempat paling sejuk di dunia bukanlah di Kutub Utara atau Kutub Selatan tetapi Verkovank, Siberia dengan suhu serendah 100 darjah di bawah paras beku pernah dicatitkan.


10.  Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.


11.  Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.


12. Ayam juga akan menghasilkan telur yang lebih besar jika hari sentiasa siang.


13.  Buaya tidak boleh menjelir dan menggerakkan lidahnya kerana organ itu melekat pada lelangit.


14. Jika usus kecil seseorang manusia dileraikan, panjangnya boleh menjangkau sehingga empat atau lima kali ganda ketinggian orang itu.


15.  Tanduk atau sumbu badak bukan berasal daripada tulang-belulang tetapi terjadi daripada bulu-bulunya yang berkumpul dan mengeras.


16.  Anda perlu memanjat sebanyak 1,792 anak tangga untuk tiba ke puncak Menara Eiffel.


17. Walt Disney amat takut dengan tikus.


18. Belanda adalah satu-satunya negara di dunia yang ada anjing kebangsaan.


19. Keretapi yg bergerak setiap hari pergi dan balik ke Bombay di India dibuat untuk menampung 1,700 penumpang tetapi ianya dinaiki oleh 7000 penumpang setiap perjalanan.


20. Nepal adalah satu-satunya negara yang mempunyai bendera yang bukan empat segi.

Saturday 2 April 2011

Saya suka Cara anda berfikir

Dalam bas,cikgu tanya adik Mat,
“Atas pokok ada 3 ekor burung,tetiba dtg seorg pemburu menembak geng tersebut lalu terkena sekor mati,lalu jatuh kebawah,sekor lagi terbang dan sekor lagi tetap tak lari,kenapa?

Adik Mat jwb,”Yg lari sebab takut dan yg stay tu sebab tergamam!”

“Salah” cikgu kata,

“Yg terbang, pergi balai polis buat repot, yg stay tuned tu tunggu sana jadi saksi,
tak pa cikgu suka cara kamu berfikir”


Dalam kelas, cikgu tanya soalan.
" Ada 3 ekor burung di atas pokok. Seekor ditembak pemburu, berapa ekor lagi tinggal di atas pokok?"

Adik Mat angkat tangan dan jawab, "Kosong cikgu".
"Kenapa kosong Mat?" tanya cikgu.
"Sebab 2 ekor lagi tu mesti laa terbang lari cikgu."
"Salah! Jawapannya tentulah 2 Mat, 3 tolak 1 sama dengan 2. 
Tapi cikgu suka cara kamu berfikir".

Sehabis kelas, Cikgu belanja Adik Mat makan aiskrim. Adik Mat tetiba bertanya, "Cikgu, ada 3 orang perempuan makan aiskrim. Satu tu style telan semua sekaligus, satu lagi gigit sikit2, dan satu lagi jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis. Cuma satu je antara tiga tu yang dah kawin, yang mana satu cikgu?"

Tergamam cikgu dengan soalan Adik Mat. Cuba berlagak neutral cikgu menjawab,
"Yang jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis tu kot".
"Salah cikgu, yang pakai cincin kahwin laa yang dah kahwin. Tapi takpe, saya suka cara cikgu berfikir"

hahahah....


credit to : oh!lawak


Menarik !