"Time is what we want most, but what we use worst"

Saturday 26 March 2011

Berita Tergempar

Tahun lepas sainitis Russia korek tanah
sedalam 100 meter, diorg terjumpa la
kesan wayar copper yg berusia 1000
tahun… and membuat kesimpulan bahawa
nenek moyang mereka ade telephone
network… .woo bes..

Pas tu, saintis Amerika tak puas ati,
diorg pun korek gak, sedalam 200
meter… diorg lak terjumpe talian fiber
optic lama yg dipercayai berusia 2000
tahun… lalu membuat kesimpulan, org US
1000 tahun lagi advance dari org Russia
dalam komunikasi telefon yg lagi canggih
dari diorg… ..pergh canggih…

Saintis Malaysia plak try try gak, diorg
korek sedalam 500 meter… pastu diorg
report la, diorg tak jumpe ape2… ..so
diorg wat kesimpulan; 5000tahun dahulu
nenek moyang org melayu sudah tahu
menggunakan teknologi wireless!



Credit to : Oh! lawak

Friday 25 March 2011

Pesanan Dari PDRM

Tips menghalang jenayah yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia .

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah
 menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju.

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba "on and off" kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).

7. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.

14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box.
 Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya
 anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulu masih mempunyai kunci pendua.

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

Sumber: Bukit Aman PDRM

Tuesday 22 March 2011

Liverpool, Chelsea berkunjung ke Malaysia Julai ini!

KUALA LUMPUR 22 Mac - Kelab terkemuka Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool dan Chelsea akan mengadakan perlawanan menentang skuad Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, pada Julai ini.
Perlawanan persahabatan itu adalah sempena lawatan dua pasukan gergasi itu ke Malaysia dalam siri Jelajah Asia 2011.


Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad berkata, pihaknya telah mendapat persetujuan daripada kedua kelab tersebut dan tarikh perlawanan akan diumumkan kemudian.


"Kemungkinan besar dalam masa terdekat ini satu lagi kelab terkemuka EPL akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad negara namum perkara itu masih dalam peringkat perbincangan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Azzudin berkata, jadual perlawanan skuad negara bersama kelab Liverpool dan Chelsea mungkin hanya berbeza antara tiga atau empat hari sahaja.


Ini adalah pertama kali kelab Liverpool datang ke Malaysia untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan setelah membatalkan pertemuan dengan pasukan Selangor pada 2008.


Manakala pasukan ‘The Blues’ (Chelsea) pernah menewaskan Malaysia 2-0 pada perlawanan persahabatan siri Jelajah Asia pada 2008. - Bernama
Dipetik dari Utusan.


p/s: Sejak bola sepak Malaysia ni meningkat makin ramai yang nak ajak malaysia freindly.
Real Madrid bila la agaknya kn??















Teka-Teki (Part 1)

1. Banyak² kereta, kerata apa yang pemandunya memandu dari belakang?

2. Tekan putih, keluar hitam? 

3. Bersih dia hitam, kotor dia putih? 

4. Banyak² kuih, kuih apa paling jauh sekali?

5. Banyak² bunga, bunga apa yang disiram mati? 

6. Negara apa bila di buang satu huruf jadi benda, bila di buang 2 huruf jadi nama orang?

7. Banyak² telur, telur apa warna hijau? 

8. Kenapa apabila anjing berlari, air liurnya meleleh?

9. Balak yg ada dlm lori balak di mana ujung dan mana pangkal balak tu? depan lori kebelakang lori ke?

10. Apa dia yang kelihatan betul-betul serupa dengan lutut kanan seorang manusia?

11. Dalam banyak – banyak ubat, ubat apa yang di cipta bukan untuk menyembuhkan penyakit tetapi membunuh?

12. Tembak ke lantai, tapi hidung yang kena?

13. Apakah yang boleh naik tetapi tidak boleh turun? 

14. Kenapa superman pakai baju ketat?

15. Sebab apa kita tebang pokok balak?

________________________________________________________________________________



Jawapan

1. Kereta Sorong

2. door bell rumah india

3. Papan Hitam

4. Kuih Bulan

5. Bunga Api

6. Itali

7. Telur Incredible hulk

8. sebab anjing tak pandai ludah air liur

9. ujung & pangkal tinggal kat hutan

10. Lutut kiri manusia lah, sama sahaja kan

11. Ubat Nyamuk

12. Kentut 

13. Umur

14. sebab baju dia sais "S"

 15. sebab tak boleh cabut


Sunday 20 March 2011

Fakta-Fakta Menarik! (Part 1)

1.    Jika hati manusia berhenti bekerja, manusia akan mati dalam 8 hingga 24 jam.

2.    Jika matahari tiba-tiba padam, 8 minit diperlukan bagi manusia untuk menyedarinya.

3.    Leonardo Da Vinci yang mencipta gunting, helikopter, dan banyak alat lainnya.

4.    Abjad untuk Hawaiian ada 13 sahaja - A,E,I,O,U,H,K,L,M,N,P,W - yang dipanggil okina.

5.    25% dari tulang manusia ada di kaki.

6.    David Sarnoff adalah orang yang menerima signal Titanic dan meyelamatkan ratusan nyawa. Dia akhirnya menjadi ketua rangkaian radio, the National Broadcasting Company (NBC).

7.    Kira-kira 100 orang tersedak ballpoint setiap tahun.

8.    Jika kita terkunci diruang yang kedap udara, kita akan lebih dulu mati keracunan karbon dioksida daripada kekerangan oksigen.

9.    Jika kita kehilangan satu mata, kita akan kehilangan 1/5 dari penglihatan kita dan kehilangan seluruh persepsi tentang kedalaman objek.

10. Berdiri lama tanpa membengkokkan lutut sama sekali akan membuat kita pengsan.

11. Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.

12.  Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina , ia merupakan senjata merbahaya.

13. Jika anda menjerit selama lapan tahun, tujuh bulan dan enam hari, anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan kopi.

14.   Kebanyakan produk yang berada di pasaran masa kini mempunyai `bar code' bagi memudahkan proses pembayaran. Sebenarnya produk pertama yang mempunyai `bar code' adalah `chewing gum' Wrigleys.

15.    Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf A.

16.   Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.

17.   Menurut kajian, purata setiap kita mengucapkan 30,000 perkataan sehari dan mengambil masa 3 1/2 jam sehari untuk bercakap.

18.   Raja Louis XIX memerintah Perancis selama 15 minit sahaja.

19.   Amerika membeli Alaska dengan harga 2 sen seekar dari Russia.

20.   Di Jepun, tembikai berbentuk empat segi.





Thursday 17 March 2011

Kereta Terbaru Polis Diraja Malaysia

Salam,
Nampaknya kerajaan Malaysia dah berduit balik sekarang ni. Dah mampu nak upgrade kereta polis.
Bagus la, kalau setakat proton wira,waja and perdana tu, memang penjenayah senyum jela kan.
Mungkin lepas tengok post ni, penjenayah akan masam muka sikit, tapi sekit jela. :)
Layan je gambar kat bawah ni.

(Klik Gambar untuk Tumbesaran)








Wednesday 16 March 2011

Gambar Tsunami dan Gempa Bumi Di Jepun
















Tuesday 15 March 2011

Cara Memotong kuku mengikut Sunnah Nabi

Salam,
Perlu diketahui bahawa memotong kuku adalah amalan sunat. Jika dilakukan mengikut islam (sunnah), Maka bertambah-tambah la pahala yang dapat.

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.

Menurut Imam Shafie:
Sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat sepertimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid.

RASULULLAH S.A.W Bersabda Yang ertinya: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit..


*Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Mulakan potong kuku tu dengan Bismillah dan selawat Nabi

Edited By : AmirulRashid

Monday 14 March 2011

Gambar Sebelum dan Selepas Tsunami di Jepun

Salam,
Gambar di bawah merupakan keadaan di beberapa kawasan di Jepun sebelum dan selepas Bencana Tsunami.
Kesan ombak tsunami terlalu dasyat. Sama-samalah kita berdoa agar negara kita tidak ditimpa bencana yang dasyat seumpama ini. Aminn....
First Pic
(Sila Klik untuk Tumbesaran)
Second Pic
Third Pic
Last Pic
Edited By : AmirulRashid

Sunday 13 March 2011

Kesan Berzikir terhadap Otak

Salam,

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.

Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif.

Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.

Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik.

Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif.

Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini.

Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993.

Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda.

Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan.

Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.

Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.

Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara se-Islam ku, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya.

Malang bagi mereka yang masih memandang ringan kepentingan berzikir dan mengabaikannya.


Edited by : AmirulRashid
Credit to : Halaqah.net

Saturday 12 March 2011

Lelaki Rajin itu Seksi

Salam.

Bagaimana pendapat wanita mengenai keseksian seorang lelaki? Dimana letaknya seksi seorang lelaki?

Adakah pada otot dadanya yang bidang?
Adakah pada bahunya yang lebar?
Adakah pada warna kulitnya?
Adakah pada ketinggiannya?
Adakah pada tebal kumisnya?

Walaupun ada perumpamaan lelaki idaman wanita sebagai tall, dark and handsome,  hakikatnya mata wanita dijadikan Tuhan menilai keseksian seorang lelaki  melepasi tarikan fizikal. Secara fitrahnya, kejadian setiap female spesis (termasuk binatang) adalah mencari pasangan yang mempunyai tubuh badan  yang sihat (untuk baka), keupayaan untuk mencari makanan dan kemampuan  untuk menjaga keluarga.

Disebalik pesanan Rasullah s.a.w akan empat jenis pasangan terbaik  (harta, keturunan, cantik dan beragama) seharusnya kita menilai pesanan  itu dari sudut yang realistik bukan romantik. Zaman ini, amat sukar kita  terutama para wanita menilai secara fizikal sama ada seorang lelaki itu  menepati kriteri pasangan terbaik  berdasarkan hadis Rasullah s.a.w  itu.

Namun, pada pendapat saya, sifat rajin adalah satu piawaian yang mampu membantu para wanita mencari pasangan seperti pesanan Rasullah s.a.w:

Harta - rajin bekerja (tidak kira latar belakang pendidikan)
Keturunan - rajin berusaha memperbaiki diri (menambah ilmu dan tidak terlibat dengan anasir negatif)
Cantik - rajin menjaga kesihatan diri seperti bersenam dan tidak mengambil toksid (termasuk tidak merokok)
Beragama - rajin ke masjid, majlis ilmu dan menjalankan kerja-kerja kebajikan

Mungkin ada kaum Adam diluar sana yang beranggapan lelaki rajin adalah nerd, geek atau skema. Tetapi percayalah, dimata 'wanita-wanita seksi', jika anda  menjadi seorang lelaki yang rajin dalam segala hal, anda akan dilihat  sebagai seorang lelaki yang amat seksi.


Edited by : AmirulRashid
Credit to : MiMi Salleh

Untuk yang berminat nak Pakai kereta Mewah.

Salam.
Mesti ramai di antara kita yang teringin nk pakai kereta mewah kn?
Bukan senang sebenarnya nk pakai kereta mewah ni.
Kalau korang nak tau kenapa tengok je gambar kat bawah ni ok.

Yang aku bulatkan tu harga roadtax kereta diorang.
Suzuki Swift punya roadtax pun baru RM90.++ kalau tak silap aku la. tak sampai seratus pun.
Korang layan je gambar kat bawah ni k.



Sila Klik Untuk Tumbesaran!


Tapi kalau dah boleh beli kereta mahal tu mesti la setakat roadtax tu tak de masalah kn.
Harga roadtax pun dah boleh beli sebijik kereta "Malaysia". :)


Menarik !