"Time is what we want most, but what we use worst"

Tuesday 22 March 2011

Teka-Teki (Part 1)

1. Banyak² kereta, kerata apa yang pemandunya memandu dari belakang?

2. Tekan putih, keluar hitam? 

3. Bersih dia hitam, kotor dia putih? 

4. Banyak² kuih, kuih apa paling jauh sekali?

5. Banyak² bunga, bunga apa yang disiram mati? 

6. Negara apa bila di buang satu huruf jadi benda, bila di buang 2 huruf jadi nama orang?

7. Banyak² telur, telur apa warna hijau? 

8. Kenapa apabila anjing berlari, air liurnya meleleh?

9. Balak yg ada dlm lori balak di mana ujung dan mana pangkal balak tu? depan lori kebelakang lori ke?

10. Apa dia yang kelihatan betul-betul serupa dengan lutut kanan seorang manusia?

11. Dalam banyak – banyak ubat, ubat apa yang di cipta bukan untuk menyembuhkan penyakit tetapi membunuh?

12. Tembak ke lantai, tapi hidung yang kena?

13. Apakah yang boleh naik tetapi tidak boleh turun? 

14. Kenapa superman pakai baju ketat?

15. Sebab apa kita tebang pokok balak?

________________________________________________________________________________



Jawapan

1. Kereta Sorong

2. door bell rumah india

3. Papan Hitam

4. Kuih Bulan

5. Bunga Api

6. Itali

7. Telur Incredible hulk

8. sebab anjing tak pandai ludah air liur

9. ujung & pangkal tinggal kat hutan

10. Lutut kiri manusia lah, sama sahaja kan

11. Ubat Nyamuk

12. Kentut 

13. Umur

14. sebab baju dia sais "S"

 15. sebab tak boleh cabut


1 comments:

Tembak lantai kena hidung... bergegar bilik nih gelak guling2... hehehhe...

Menarik !