"Time is what we want most, but what we use worst"

Tuesday, 27 September 2011

Waktu Yang Di Larang Meminum Air


Seboleh-bolehnya jangan meminum air di waktu-waktu berikut:
  1. Selepas bersenaman, bersukan atau bekerja berat.
  2. Selepas bersetubuh.
  3. Selepas makan atau sebelumnya.
  4. Ketika sedang makan.
  5. Selepas memakan buah-buahan.
  6. Selepas keluar dari bilik mandi.
  7. Ketika terjaga dari tidur.
Sebaiknya 10 minit selepas anda melakukan aktiviti di atas baru minum air. Insyaallah badan anda akan sentiasa sihat dengan izin Allah.

Perak VS kedah


Nothing to say. Malam ni insyaallah aku turun stadium Darul Aman. Perak dah layak pegi suku akhir sebenarnya. Menang or kalah tak bermakna dah. Perak tetap layak. Game malam ni just pelengkap jadual je. Moga kau MENANG Perak.  

Monday, 26 September 2011

6 Orang Kidal Terhebat Di Dunia

1. Barrack Obama - Presiden Amerika Syarikat



2. Bill Gates - Manusia Terkaya Di Dunia (CEO Microsoft)



3. Oprah Winfrey - Selebriti wanita paling kaya di dunia



4. Babe Ruth - Pemain baseball legenda dengan 714 homerun




5. Napoleon Bonaparte - Jeneral perang legenda dari Perancis.




6. Leonardo da Vinci - Seniman era rennaisance paling genius.



By the way, Empunya blog ni pun kidal jugak. hehe  For sure, bill gates is one of my idols. Hopefully, one day i will be like them. 












Saturday, 24 September 2011

10 Jenis Solat yang tidak diterima Allah


1.     Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2.     Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3.     Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4.     Orang lelaki yang melarikan diri.
5.     Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6.     Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7.     Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8.     Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9.     Orang-orang yang suka makan riba’.
10.     Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Tuesday, 20 September 2011

Untuk rakan-rakan yang masih Single.

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.
Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.
Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat.Allah itu Maha Mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.
Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki/wanita yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.
Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.
Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.
Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.
Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.
Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.
Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.
Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.
Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.
Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.
Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.
Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.
Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.
Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

Edited by : AmirulRashid
Credit to : IluvIslam

Menarik !