"Time is what we want most, but what we use worst"

Monday, 11 April 2011

Fakta-Fakta Menarik Dunia! (Part 2)

1. Pen berdakwat diperkenalkan pada tahun 1884 oleh Lewis E.Waterman, seorang agen insurans.


2. Semut berkomunikasi dengan menggosokkan sesungutnya.


3. Gajah Afrika hamil selama 640 hari.


4. Raja Uganda , King Mutasa, dianggarkan mempunyai isteri seramai 7,000 orang.


5. *Ia mengambil masa selama 5 bulan untuk memberitahu Ratu Isabella mengenai pengembaraan Columbus dan 2 minggu bagi masyarakat Eropah untuk mengenai tentang pembunuhan Presiden Amerika, Abraham Lincoln. Bagaimanapun, hanya 1.3 saat sahaja diperlukan untuk manusia menerima kata-kata pertama dari angkasawan Neil Amstrong bahawa manusia boleh berjalan di atas permukaan bulan.


6. Semut mempunyai otak yang paling besar dalam alam haiwan, jika dibandingkan dengan nisbah saiz badannya.


7. Sungai Amazon di Amerika Selatan yang merupakan sungai terbesar di dunia, mengandungi dua pertiga daripada kandungan air sungai seluruh dunia.


8.  Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.


9. Tempat paling sejuk di dunia bukanlah di Kutub Utara atau Kutub Selatan tetapi Verkovank, Siberia dengan suhu serendah 100 darjah di bawah paras beku pernah dicatitkan.


10.  Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.


11.  Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.


12. Ayam juga akan menghasilkan telur yang lebih besar jika hari sentiasa siang.


13.  Buaya tidak boleh menjelir dan menggerakkan lidahnya kerana organ itu melekat pada lelangit.


14. Jika usus kecil seseorang manusia dileraikan, panjangnya boleh menjangkau sehingga empat atau lima kali ganda ketinggian orang itu.


15.  Tanduk atau sumbu badak bukan berasal daripada tulang-belulang tetapi terjadi daripada bulu-bulunya yang berkumpul dan mengeras.


16.  Anda perlu memanjat sebanyak 1,792 anak tangga untuk tiba ke puncak Menara Eiffel.


17. Walt Disney amat takut dengan tikus.


18. Belanda adalah satu-satunya negara di dunia yang ada anjing kebangsaan.


19. Keretapi yg bergerak setiap hari pergi dan balik ke Bombay di India dibuat untuk menampung 1,700 penumpang tetapi ianya dinaiki oleh 7000 penumpang setiap perjalanan.


20. Nepal adalah satu-satunya negara yang mempunyai bendera yang bukan empat segi.

0 comments:

Menarik !