Thursday, 11 August 2011
Wednesday, 10 August 2011
Tuesday, 2 August 2011
[Cerita] Cikgu Tadika
Ader seorg guru tadika yg tidak percaya wujudnya tuhan dan die pun berfikir bagaimana nk brain wash kanak2 di tadika tsebut supaya tak percaya wujudnya tuhan.Die pun mdpt satu akal...
Guru tadika : Ank2,nampak tak pen ni.
Ank2 : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ade kn.
Ank2 : Ader cikgu.Guru tadika : Ank2,nampak tak pen?
Ank2 : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ade tak?
Ank2 : takder cikgu.Guru tadika: Ank2 nmpk tuhan tak?
Ank2 : tak nmpk cikgu.
Guru tadika : tuhan ader tak?
Ank2 : takder cikgu.
Guru tadika td sgt gembira sbb tujuan die nk brain wash otak bdk2 tu berjaya Ttp dlm byk2 bdk tu ader seorg bdk yg pintar,dan die minta pun mengangkat tgn...
Bdk A : Cikgu bleh sy ckp sesuatu.
Guru tadika : Bleh,mari ke depan.
Bdk A : kwn2 nmpk cikgu tak.
Kwn2 : nampak.
Bdk A : cikgu ader kn?
Kwn2 : ader.Bdk A : kwn2 nmpk otak cikgu tak?
Kwn2 : tak nampak.
Bdk A: cikgu ader otak tak?
Kwn2 : tak ader. Kehkehkeh, padan muke cikgu!Credit to: Himpunan Cerita Lawak
Monday, 13 June 2011
Kelebihan Surah Al-Fatihah
Kelebihan Al-Fatihah
1. Dibaca 41 kali bersama dengan surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas sebelum tidur insya Allah akan dijaga dari sekalian bahaya kecuali mati.
2. Dibaca 41 kali setelah qabliah subuh (sebelum fardhu Subuh) akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala:
a. Dimudahkan naik pangkat
b. Diluaskan rezeki
c. Dimudahkan membayar hutang
d. Disembuhkan dari penyakit
e. Orang yang lemah akan dikuatkan oleh Allah serta digalati, disegani dan dihormati
f. Disayangi oleh semua makhluk
g. Percakapan didengar orang
h. Selamat dari bala bencana
3. Diamalkan 7 kali selepas solat fardhu akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala:
a. Berkat dalam kehidupan
b. Dihilangkan kesusahan di dunia dan akhirat.
4. Diamalkan 20 kali selepas solat fardhu tanpa berkata-kata akan diluaskan rezeki dan dikurniakan rezeki tanpa diduganya.
5. Jika dibaca 40 kali di air maka air itu akan menjadi ubat dari segala penyakit kecuali mati.
6. Ditulis dan dilebur dengan air dengan izin Allah akan hilang segala kerisauan, kesusahan dan ketidaktenangan hati dan jiwa.
7. Jika dibaca 121 kali oleh orang yang diikat / dipasung dengan khusyuk dan penuh keyakinan dan ditiup sebanyak 10 kali pada ikatan itu dengan izin Allah akan terlepas.
8. Jika ditulis kalimah pada kenderaan dan rumah akan terhindar dari perkara yang tidak baik termasuk kecurian.
9. Dibaca مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ pada sebiji batu atau apa sahaja melainkan najis kemudian diletakkan pada kenderaan, insya Allah kenderaan tersebut tidak akan diganggu, dikacau atau dicuri dengan syarat selepas meletakkan batu tadi pada kenderaan tidak boleh menoleh lagi pada kenderaan tersebut (kita serahkan bulat-bulat penjagaannya kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala).
10. Dibaca وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ tiga kali senafas ditiup pada binatang garang atau orang zalim dengan izin Allah tidak akan dapat memudharatkan kita.


























